RPH - Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tingkatan 3 Semua Tajuk boleh di download dari senarai ini
RPH contoh
PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : TINGKATAN TIGA
TINGKATAN | TIGA ( 3 ) |
MASA | 45 MINIT |
TAJUK | SOLAT SUNAT TAHAJJUD |
FOKUS | Pemikiran : Pelajar dapat memahami cara-cara menunaikan solat sunat Tahajjud Penghayatan : Pelajar sentiasa melakukan solat sunat Tahajjud |
OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN | Aras 1 Di akhir pelajaran pelajar dapat : 1. Menyatakan pengertian solat sunat Tahajjud 2. Menyatakan rukun solat sunat Tahajjud 3. Menerangkan kaifiat solat sunat Tahajjud dari segi masa, bilangan rakaat, surah bacaan dan doa. Aras 2 Pelajar dapat : 1. Menyatakan tujuan solat sunat Tahajjud 2. Menyenaraikan hikmah solat sunat Tahajjud. Aras 3 Pelajar dapat : Membezakan solat sunat Tahajjud dengan solat sunat hajat. |
ISI | 1. Pengertian solat sunat Tahajjud 2. Rukun solat sunat Tahajjud 3. Kaifiat solat sunat Tahajjud 4. Hikmah solat sunat Tahajjud 5. Perbezaan antara solat sunat Tahajjud dengan solat sunat Hajat |
PENGETAHUAN SEDIAADA | 1. Pelajar telah mengetahui berkenaan solat-solat sunat. 2. Pelajar mengetahui cara menunaikan solat sunat hajat pada sesi pembelajaran yang lalu. 3. Pelajar pernah melihat orang menunaikan solat sunat Tahajjud. |
LANGKAH-LANGKAH P&P | Set Induksi 1. Guru menayangkan CD berkaitan dengan seorang lelaki yang bangun di tengah malam dan menunaikan solat dua rakaat. 2. Guru menyoal pelajar mengenai CD yang ditayangkan. Contoh : Apakah jenis solat yang ditunaikan selepas bangun dari tidur. 3. Guru bersoaljawab dengan pelajar berkenaan solat-solat yang biasa dilakukan pada waktu malam. 4. Guru menerangkan kepada pelajar berkenaan tajuk solat sunat Tahajjud. |
Langkah 1 : Untuk semua pelajar bagi memenuhi hasil pembelajaran aras 1 | |
Nilai | Aras 1 1. Guru menerangkan pengertian, rukun dan kaifiat solat sunat Tahajjud. 2. Guru bersoaljawab dengan pelajar mengenai perkara yang telah diterangkan. 3. Guru membuat perbincangan mengenai maksud ayat 79 Surah Al Isra’ bersama pelajar. Meletakkan Allah sebagai tempat memohon pertolongan. |
Nilai | Aras II 1. Guru membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan untuk perbincangan dalam masa 10 minit. Kumpulan 1 : Hikmah solat sunat Tahajjud dalam pembinaan disiplin diri. Kumpulan 2 : Hikmah solat sunat Tahajjud dalam membentuk akhlak seorang muslim. Kumpulan 3 : Hikmat solat sunat Tahajjud dalam membina jatidiri pelajar. 2. Guru meminta pelajar membuat persembahan / pembentangan di hadapan kelas. 3. Guru membuat rumusan hasil pembentangan pelajar. Berdisiplin dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. |
Penilaian aras 2 : Secara lisan : | |
Nilai | Aras 3 : Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar tentang perbezaan solat sunat Tahajjud dengan solat sunat hajat. Bermuhasabah diri dan berusaha menjadi individu yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa. Rumusan 1. Guru menggalakkan pelajar menunaikan solat Tahajjud setiap malam. 2. Guru menyedarkan pelajar supaya menjadikan Allah sebagai tempat memohon pertolongan. 3. Guru menasihatkan pelajar supaya berdisiplin dan tekun dalam melakukan pekerjaan. |
Pengayaan | · Pelebaran a. Simulasi berkumpulan cara melakukan solat sunat Tahajjud. b. Menghafaz doa solat sunat Tahajjud. · Pendalaman Kajian perpustakaan tentang kisah-kisah wali Allah yang mendapat kelebihan hasil dari menunaikan solat sunat Tahajjud. |
kongsikan bahan P&P anda ke blog ini. Email dan attach kan ke
faiizi05@gmail.com
سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الغَظِيْمِ
“Kalimataani khafiifataani ‘ala al-lisan thaqiilataan fil-miizan, subhanallah wa bihamdihi subhanallah il-‘azhiim.”
" Ucapan yang ringan di lidah , berat pada timbangan mizan, subhanallah wa bihamdihi subhanallah il-‘azhiim
No comments:
Post a Comment