KOD 1 (MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH)
 
  | 
   
Soalan
  L1.1:  
  Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan Sempurna. 
Soalan
  L1.2:  
  Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah 
Jawapan:  
  Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi
  Muhammad Pesuruh Allah. 
  
 | 
 
 
KOD 2 (RUKUN ISLAM)
 
  | 
   
Soalan
  L2.1:  
  Sebutkan Rukun Islam satu persatu. 
Jawapan: 
- Mengucap
       Dua kalimah Syahadah.
 
- Menunaikan
       Solat Lima Waktu sehari semalam.
 
- Mengeluarkan
       zakat.
 
- Berpuasa
       bulan Ramadhan.
 
- Menunaikan
       Haji bagi yang berkuasa.
 
 
Soalan
  L2.2:  
  Huraikan Rukun Islam: 
- Mengucap
       Dua kalimah Syahadah.
 
- Menunaikan
       Solat Lima Waktu sehari semalam.
 
- Mengeluarkan
       zakat.
 
- Berpuasa
       bulan Ramadhan.
 
- Menunaikan
       Haji bagi yang berkuasa
 
 
Jawapan : Huraian Rukun Islam ialah 
- Mengucap
       Dua Kalimah Syahadah: Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan
       keesaanNya, dan satu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.
 
- Solat
       lima waktu ialah: Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang
       dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia wajib ditunaikan
       lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh.
 
- Mengeluarkan
       Zakat: Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu,
       diberikan kepada orang yang tertentu, dengan syarat tertentu. Zakat
       tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
 
- Berpuasa
       bulan Ramadhan ialah: Ibadat dengan cara menahan diri daripada
       perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga
       terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama
       sebulan dalam bulan Ramadhan.
 
- Menunaikan
       haji bagi yang berkuasa: Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam
       seumur hidup ke atas orang yang mampu, dengan syarat tertentu dan pada
       waktu yang tertentu.
 
 
Soalan
  L2.3:  
  Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim. 
Jawapan:  
  Rukun Islam adalah perkara sangat penting yang wajib dilaksanakan supaya
  seseorang itu menjadi muslim yang sejati. Ibadat-ibadat yang terkandung dalam
  rukun Islam itu menghubungkan manusia dengan Allah dan manusia sesama
  manusia. 
  
 | 
 
 
KOD 3 (RUKUN IMAN)
 
  | 
   
Soalan
  L3.1:  
  Sebutkan Rukun Iman satu persatu. 
Jawapan: 
- Beriman
       kepada Allah.
 
- Beriman
       Kepada Malaikat.
 
- Beriman
       kepada Kitab.
 
- Beriman
       kepada Rasul.
 
- Beriman
       kepada Hari Akhirat.
 
- Beriman
       kepada Qada dan Qadar.
 
 
  
 | 
 
 
KOD 4 (ISTINJA')
 
  | 
   
Soalan
  L4.1:  
  Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan menggunakan batu. 
Jawapan:  
  Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu
  atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih. 
Soalan
  L4.2:  
  Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air? 
Jawapan:  
  Membasuh qubul dan dubur dengan air mutlak sehingga diyakini bersih 
  
 | 
 
 
KOD 5 (BERSUCI DARI NAJIS )
 
  | 
   
Soalan L A
  5.1:  
  Kain ini terkena najis Mukhoffafah. Terengkan dan tunjukkan cara bagaimana
  menyucikan kain ini. 
Jawapan:  
  Percikkan air mutlak di kawasan yang terkena najis. 
Soalan L A
  5.2:  
  Kaki anda terkena najis Mutawassitah. Terangkan dan tunjukkan cara
  menyucikannya. 
Jawapan:  
  Bersihkan benda najis daripada tempat yang terkena najis, kemudian basuh
  bahagian yang terkena najis itu dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna
  dan rasanya. 
Soalan L A
  5.3:  
  Dilantai ini terdapat najis Mughollazah. Terengkan dan tunjukkan cara
  bagaimana menyucikannya. 
Jawapan:  
  Bersihkan benda najis daripada tempat yang terkena najis, kemudian basuh
  tujuh kali. Basuhan yang pertama dengan air tanah dan enam kali berikutnya
  dengan air mutlak. 
  
 | 
 
 
KOD 6 (CARA BERWUDHU' )
 
  | 
   
Soalan
  A6.1:  
  Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna. 
Jawapan: 
- Membaca
       : Bismillah hirrah ma nirrahim.
 
- Membasuh
       kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan, tiga kali
 
- Berkumur
       tiga kali
 
- Memasukkan
       air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
 
- Menyebut
       lafaz niat wuduk
 
- Membasuh
       muka tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat. Niatnya ialah:
       "sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala".
 
- Membasuh
       tangan kanan hingga ke siku, tiga kali. Kemudian membasuh tangan kiri
       hingga ke siku, tiga kali.
 
- Menyapu
       sebahagian kepala dengan air, tiga kali.
 
- Menyapu
       kedua-dua telinga dengan air, tiga kali.
 
- Membasuh
       kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri
       hingga ke buku lali, tiga kali.
 
- Berdoa
       sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit menghadap kiblat.
 
 
  
 | 
 
 
KOD 7 (CARA BERTAYAMMUM)
 
  | 
   
Soalan
  A7.1:  
  Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna. 
Jawapan:  
  Cara bertayamum ialah: 
- Menyediakan
       dan meratakan debu tanah di atas tempat yang disediakan.
 
- Mengadap
       kiblat.
 
- Membaca:
       Bismillah hirrahma nirrahim.
 
- Menyebut
       lafaz niat tayamum
 
- Menepuk
       dua tangan ke debu dengan jari terbuka sambil berniat "sahaja aku
       bertayamum untuk mengharuskan solat Fardu kerana Allah taala" dan
       mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
 
- Menipiskan
       debu/ mengurangkan dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar
       tempat debu yang disediakan.
 
- Menyapu
       debu kemuka.
 
 
  
 | 
 
 
KOD 8 (CARA MANDI WAJIB)
 
  | 
   
Soalan
  L8.1:  
  Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi 
Jawapan:  
  Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah; 
- keluar
       mani
 
- haid
 
- Janabah
       (bersetubuh)
 
- Wiladah
       (bersalin)
 
- Nifas
       (darah yang mengiringi wanita yang bersalin)
 
- Mati,
       selain mati syahid
 
 
Soalan
  L8.2:  
  Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna. 
Jawapan:  
  Cara mandi wajib ialah: 
- Bersihkan
       badan daripada segala kekotoran.
 
- Hilangkan
       segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan.
 
- Ambil
       wuduk.
 
- Sebut
       lafaz niat
 
- Jiruskan
       air mutlak ke kepala berserta dengan niat sebaik-baik sahaja air
       mengenai anggota kepala. Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga kali.
       Niatnya ialah: "sahaja
       aku mengangkat Hadas Besar fardhu atasku kerana Allah Taala" atau "sahaja
       aku mandi kerana haid/janabah/nifas fardhu atasku kerana Allah
       Taala"
 
- Jiruskan
       air ke anggota badan sebelah kanan tiga kali, kemudian jiruskan pula air
       ke anggota badan sebelah kiri tiga kali.
 
- Ratakan
       air keseluruh anggota badan. Selatkan rambut, janggut dan semua bulu
       supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan
       dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata,
       ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.
       Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di atas, maka hendaklah
       ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa
       meratakan air, hendaklah dijaga supaya tapak tangannya tidak menyentuh
       qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.
 
 
  
 | 
 
 
KOD 9 (AZAN 7& IQOMAH)
 
  | 
   
Soalan A/L
  9.1:  
  Soalan kepada murid laki-laki  
  Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna. 
Jawapan: 
Para
  pelajar hendaklah melaksanakan azan dari mula hingga akhir 
Soalan A/L
  9.1:  
  Soalan Kepada murid perempuan  
  Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan
  sempurna. 
Jawapan: 
- Berwuduk,
       makruh azan tanpa wuduk.
 
- Berdiri
       dan menghadap kiblat
 
- Meletakkan
       jari telunjuk di telinga.
 
- Menghadap
       kiblat.
 
 
  
 | 
 
 
KOD 10 (SOLAT FARDHU)
 
  | 
   
Soalan
  L10.1:  
  Anda dikehendaki memperdengarkan (tasmi') bacaan-bacaan berikut:- 
- Lafaz
       niat solat subuh, zuhur, asar, margrib, dan Isya'
 
- Takbiratul
       ihram.
 
- Doa
       Iftitah
 
- Surah
       al Fatihah
 
- Dua
       surah (pilihan murid)
 
- Bacaan
       ketika ruku'
 
- Bacaan
       i'tidal
 
- Bacaan
       sujud.
 
- Bacaan
       duduk antara dua sujud
 
- Bacaan
       tahiyat
 
- Salam
 
- Bacaan
       Qunut
 
 
Soalan
  A10.2:  
  Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna. (soalan ini
  hanya layak dijawab/ dilakukan apabila calon telah berjaya menjawab Soalan
  L10.1 di atas) 
Jawapan:  
  Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti yang dinyatakan di
  bawah. Contoh Solat Zuhur:- 
- Berwuduk
 
- Menutup
       Aurat
 
- Mengadap
       kiblat
 
- Berdiri
       bagi orang berkuasa
 
 
Rakaat
  Pertama 
- Menyebut
       lafaz niat
 
- Takbiratul
       ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke
       paras cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga
       dan kedua-dua tapak tangan mengadap kiblat beserta dengan niat
       "sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat kerana Allah Taala"
 
- Meletakkan
       kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan menggenggam
       pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan.
 
- Membaca
       doa iftitah.
 
- Membaca
       surah alFatihah.
 
- Membaca
       ayat-ayat atau surah daripada al Quran.
 
- Takbir
       intiqal dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti no.2 di atas dan
       ruku' serta tama'ninah sambil membaca bacaan ruku' 3 kali.
 
- Ruku'
       ialah membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkuk.
       Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka
       sambil memandang tempat sujud.
 
- I'tidal
       serta tama'ninah dengan membaca bacaan i'tidal .
 
- Takbir
       intiqal dan sujud serta tama'ninah dengan membaca bacaan sujud.
 
- Takbir
       intiqal dan duduk antara dua sujud secara iftirasy serta tama'ninah
       dengan membaca bacaan duduk antara dua sujud.
 
- Takbir
       intiqal dan sujud serta tama'ninah seperti no.10 di atas.
 
- Takbir
       intiqal dan bangun dari sujud dan duduk sebentar sekadar tama'ninah,
       kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan.
 
 
Rakaat
  Kedua 
- Membaca
       Surah al Fatihah
 
- Membaca
       ayat-ayat atau surah daripada al Quran.
 
- Melakukan
       ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua
       sepertimana rakaat pertama.
 
- Takbir
       intiqal dan duduk Tahiyat Awal secara iftirasy, kecuali jari tangan
       kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca
       Yahiyat Awal. Ketika menyebut "Illa" dalam perkataan  ,
       jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit.
 
- Takbir
       intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta mengangkat
       tangan
 
 
Rakaat
  Ketiga 
- Membaca
       surah al Fatihah sahaja.
 
- Melakukan
       ruku', I'tidal, sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud yang kedua, dan
       bangun berdiri untuk rakaat yang keempat tanpa mengangkat tangan.
 
 
Rakaat
  keempat 
- Membaca
       Surah al Fatihah.
 
- Melakukan
       Ruku', I'tidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud yang kedua.
 
- Takbir
       Intiqal dan dudul tahiyat akhir secara tawaruk , dan membaca Bacaan
       tahiyat akhir.
 
- Mengucap
       salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucap salam kedua
       sambil memalingkan muka ke kiri.
 
- Meletakkan
       tangan di kepala sambil berdoa
 
 
  
 | 
 
 
KOD 11 (SOLAT JENAZAH)
 
  | 
   
Soalan
  L11.1 
Bagaimana
  kedudukan jenazah lelaki dan perempuan ketika hendak disolatkan. 
Jawapan: 
Kedudukan
  jenazah lelaki ialah kepalanya di sebelah kiri imam, manakala jenazah
  perempuan pula kepalanya di sebelah kanan imam. 
Soalan
  L11.2 
Dimanakah
  kedudukan imam dan ma'mum ketika hendak menunaikan solat jenazah laki-laki
  dan perempuan 
Jawapan : 
Kedudukan
  imam bagi jenazah: 
   
    | 
     
Laki-laki: 
 | 
    
     
Imam
    berdiri bertentangan dengan kepala jenazah. 
 | 
    
    | 
     
Perempuan: 
 | 
    
     
Imam
    berdiri bertentangan dengan punggung jenazah. 
 | 
    
 
Kedudukan
  ma'mum pula ialah di belakang imam, dan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
  dalam tiga saf dan berdiri rapat. 
Soalan
  L11.3 
Tunjukkan
  cara solat jenazah dengan betul dan sempurna 
Jawapan : 
- Menyebut
       Lafaz niat solat jenazah.
 
- Takbir
       ihram serta dengan niat.
 
- Membaca
       Surah al Fatihah.
 
- Takbir.
 
- Membaca
       Selawat.
 
- Takbir.
 
- Membaca
       doa bagi mayat.
 
- Takbir.
 
- Membaca
       doa
 
- Salam.
 
 
  
 | 
 
 
KOD 12 (PUASA)
 
  | 
   
Soalan
  L12.1 
Sebutkan
  lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya. 
Ertinya: 
“Sahaja
  aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan, tahun ini, kerana Allah
  Taala” 
Soalan
  L12.2 
Sebutkan
  perkara yang membatalkan puasa. 
(1) Makan dan
  minum pada siang hari dengan sengaja. 
(2) Memasukkan
  sesuatu ke dalam rongga badan. 
(3) Muntah
  dengan sengaja. 
(4) Melakukan
  persetubuhan pada siang hari. 
(5)
  Mengeluarkan mani dengan sengaja 
(6) Keluar
  darah haid dan nifas 
(7) Gila 
(8) Mabuk atau
  pengsan sepanjang hari. 
(9) Berbuka puasa
  sebelum masuk waktu maghrib 
(10)Murtad. 
Soalan
  L12.3 
Nyatakan
  hikmat puasa. 
- Mengukuhkan
       iman dan takwa kepada Allah SWT.
 
- Membentuk
       sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa dan
       bersyukur.
 
- Dapat
       menjauhkan diri dari segala dosa dan kejahatan.
 
- Mendatangkan
       kesihatan dan kecerdasan
 
 
  
 | 
 
 
KOD 13 (ADAB TERHADAP IBU BAPA)
 
  | 
   
Soalan
  L13.1 
Terangkan
  jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak?. 
(a) Mengandung 
(b) Melahirkan 
(c) Menyusukan 
(d) Mengasuh 
(e) Mendidik 
(f) Memberi
  nafkah 
(g) Mengasihi 
  
 | 
 
 
KOD 14 (PERKAHWINAN)
 
  | 
   
Soalan
  L14.1 
Nyatakan
  Rukun Nikah . 
Jawapan : 
Rukun
  nikah ialah: 
- Suami
 
- Isteri
 
- Wali
 
- Dua
       orang saksi (lelaki yang adil)
 
- Aqad
       (Ijab dan Qabul)
 
 
Nyatakan
  Syarat akad nikah. 
Syarat
  Akad : 
- Ijab
       dan Qabul berlaku dalam satu majlis.
 
- Ucapan
       qabul tidak menyalahi ijab.
 
- Bahasa
       yang digunakan jelas maksudnya dan difahami oleh wali, bakal suami dan
       dua orang saksi.
 
- Di
       antara ijab dan qabul tidak diselangi dengan kata-kata yang lain.
 
 
  
 | 
 
 
KOD 15 (IHSAN)
 
  | 
   
Soalan
  L15.1:  
  Apakah dimaksudkan dengan ihsan. 
Jawapan : 
Melakukan
  ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah atau
  sesungguhnya Allah melihat kamu. Dengan perkataan lain bahawa: 
- Allah
       melihat apa yang anda lakukan
 
- Allah
       mendengar apa yang anda perkatakan
 
- Allah
       mengetahui apa yang anda fikirkan.
 
 
Soalan
  L15.4:  
  Apakah konsep ihsan? 
Jawapan:  
  Konsep ihsan ialah:  
  Melakukan sesuatu ibadat dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang
  betul, dengan cara yang terbaik, mengikut peraturan serta IKHLAS SEMATA-MATA
  KERANA ALLAH.  
  Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia. Menjadikan kehidupan bersih,
  selesa, aman dan harmoni. 
Soalan
  L15.5:  
  Nyatakan maksud ihsan; 
- dalam
       ibadat
 
- dalam
       pekerjaan
 
- terhadap
       diri sendiri
 
- terhadap
       sesama insan
 
- terhadap
       binatang
 
- terhadap
       alam sekitar
 
 
Jawapan : 
- Ihsan
       dalam ibadat ialah: Bersungguh-sungguh dan khusyu' dalam mengerjakan
       ibadat seperti bangun di tengah malam untuk melakukan solat tahajud.
 
- Ihsan
       dalam pekerjaan ialah: Melakukan setiap pekerjaan dengan
       bersungguh-sungguh, tekun, cekal dan cermat supaya menghasilkan sesuatu
       yang sempurna, bermanfaat dan berkualiti.
 
- Ihsan
       terhadap diri sendiri ialah: Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa
       kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan iman, ilmu,
       harta benda dan keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan
       mendedahkannya kepada segala punca dan bentuk kebinasaan seperti minum
       arak, mengambil dadah, berjudi, zina, liwat, membunuh diri, syirik dan
       murtad.
 
- Ihsan
       terhadap sesama ihsan ialah: Melakukan kebaikan, memberikan khidmat
       bakti, memberikan pertolongan, bersikap adil, belas kasihan dan berperi
       kemanusiaan.
 
- Ihsan
       terhadap binatang ialah: Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup
       bebas dalam nature dan habitatnya. Jika melakukan sembelihan hendaklah dengan
       cara yang paling baik seperti menggunakan pisau yang tajam.
 
- Ihsan
       terhadap alam sekitar ialah: Memelihara dan memulihara alam sekitar
       supaya bersih dari segala bentuk kekotoran, pencemaran dan kerosakkan.
       Menjadikan alam sekitar tempat yang aman, sejahtera, selesa dan indah
       untuk dinikmati dan didiami.
 
 
 |