Wednesday, November 20, 2013

RANCANGAN TAHUNAN DAN BANK SOALAN

Semua RPT dan Bank Soalan telah dipindahkan ke Google Drive

untuk ke RPT
http://paiforall.blogspot.com/p/rancangan-tahunan.html




untuk ke bank soalan

http://paiforall.blogspot.com/p/bank-soaan.html






سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الغَظِيْمِ

Kalimataani khafiifataani ‘ala al-lisan thaqiilataan fil-miizan, subhanallah wa bihamdihi subhanallah il-‘azhiim.” 
" Ucapan yang ringan di lidah , berat pada timbangan mizan, subhanallah wa bihamdihi subhanallah il-‘azhiim


kongsikan bahan P&P anda ke blog ini. Email dan attach kan ke
faiizi05@gmail.com
 
Baca Selanjutnya... >>

Tuesday, November 19, 2013

Semua RPH Tingkatan 1-5 telah dipindah ke google drive

ancangan Pengajaran Harian ( RPH ) disediakan dalam bentuk lengkap dan ringkas edisi MRSM.Link1 adalah edisi lengkap,link2 adalah edisi MRSM .  Ianya adalah cadangan semata-mata. Terpulanglah pada ustaz-ustazah untuk menambahbaiknya. Jika Ustaz-ustazah mempunyai RPH yang lebih baik silalah attachkan ke email :  faiizi05@gmail.com



Semua link RPH telah di pindahkan ke server google drive yang baru



Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam


TINGKATAN
VERSI LENGKAP
VERSI RINGKAS MRSM
TING 1
TING 2
TING 3
TING 4
TING 5

Baca Selanjutnya... >>

Tuesday, March 12, 2013

Pedagogi buat guru MRSM



Jenis Jenis Pedagogi
1.    Kontekstual
a.      Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds.
2.  Belajar Cara Belajar
Pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber, Kemahiran carian - Kemahiran komunikasi - Kemahiran membaca - Kemahiran mencatat nota - Kemahiran penyelidikan - Kemahiran memerhati - Kemahiran teknikal , Memproses maklumat - Menganalisis maklumat - Mentafsir maklumat - Menilai maklumat - Mensintesis maklumat Menyampaikan maklumat - Kemahiran menulis dan  Kemahiran persembahan.

3.  Kemahiran Berfikir
a.      Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.

b.      Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

c.       Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid.





4.  Kecerdasan pelbagai
a.      Linguistik Merangkumi kecerdasan individu dalam aspek pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri mahupun bahasa asing.
b.       Muzik Kecerdasan yang melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan.
c.       Kinestetik Penggunaan fizikal tubuh badan utk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu  serta menyatakan idea dan perasaan.
d.      Interpersonal Keupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi dengan berkesan serta mampu mendorong dan memotivasi orang lain untuk bekerja.
e.      Intrapersonal Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri dan melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup
f.        Visual-Spatial (ruang) Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imej mental.Mampu mengenalpasti ruang dan mengorganisasikan ruang serta lebih cenderung dalam reka bentuk dalaman.
g.      Logik Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan.Mampu menyatakan sesuatu secara induktif dan deduktif.Menyelesaikan maslah secara sistematik.
h.      Naturalistik Menyintai alam semula jadi.Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan haiwan.Suka meneroka hutan.
i.        Spiritual (kerohanian) Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian
5.  Pembelajaran Masteri
a.      pelajar belajar mengikut keadaan yang sesuai diberi masa yang mencukupi untuk murid menguasainya .
b.      Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran  semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.


6. Kajian Masa Depan
a.      Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan bagi menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab

7.  Inkuiri dan Penemuan
a.      Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah,membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen,mengumpul data dan membuat kesimpulan untukmenyelesaikan masalah(Shulman, 1973)
b.      Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakanproses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatukonsep atau prinsip. Proses mental itu adalah sepertimembuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran,meramal, menerangkan, membuat inferens.(Bruner, 1966)

8. Akses Kendiri
a.      Mengenal pasti keperluan  , kebolehan  , Menetapkan matlamat  sendiri , Mengenal pasti masa , pembelajaran sendiri, Menyediakan pelan , pembelajaran sendiri

b.      Melibatkan penggunaan pusat akses yang terdapat di dalamnya  sudut perbendaharaan kata, sudut tatabahasa,   bahan bacaan, Komputer , Video , perakam kaset, sudut penulisan, Sudut mendengar, lisan / perbualan .

9. Kontruktivisme
a.      Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.             
Baca Selanjutnya... >>

Konsep kerja dalam Islam

At-Tabrani meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya:
“Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”

Secara amnya manusia yang berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan yang ada, penghayatan dan penuh ketelitian, dan pengamalan ilmunya, serta melaksanakan tugas yang sentiasa mencapai atau melepasi ukuran cemerlang. Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku yang sentiasa berhemah tinggi, berbudi pekerti mulia, dan menerima tanggungjawab sebagai amanah.

Sebagai penjawat di sesebuah organisasi, kita tidak dapat lari daripada menerima kesan daripada perubahan ini. Jika kita tidak cepat bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan ini dikhuatiri kita tidak akan mampu menyampaikan perkhidmatan seperti yang dituntut oleh masyarakat luar yang telah berubah mengikut persekitaran. Bagi melahirkan organisasi yang gemilang, individu yang menggerakkan organisasi mestilah terlebih dahulu cemerlang.
Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri, sejauhmanakah kedudukan kita dalam dunia pekerjaan ini? Adakah kita telah membawa perubahan kepada diri, keluarga, negara, organisasi dan kepentingan agama kita?. Dalam keadaan kemelestan ekonomi dunia sekarang, banyak pihak mengurangkan produk pengeluaran dan jumlah pekerja mereka. Namun kita sebagai penjawat awam atau swasta yang masih bekerja hendaklah bersyukur dan meneruskan usaha ke arah perkhidmatan cemerlang; bekerja dalam konteks amal soleh dan nilai-nilai murni bagi memastikan perubahan yang lebih positif terus dicapai.


Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 105:

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dab nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Prinsip Dalam Pekerjaan Seorang Muslim :

Prinsip Kesempurnaan (Al-Itqan)
Pembaharuan (Ai-Tajdid)
Inovasi (Al-Ibda)


Baca Selanjutnya... >>

Monday, March 11, 2013

5 jenis sabar




1.            Sabar terhadap kesusahan dan bencana yang diturunkan kepada manusia juga di kalangan para nabi. Di dalam Al-Quran, sabar dalam bentuk ini termasuklah sabar kepada kefakiran, kelaparan, kesakitan, ketakutan, kehilangan jiwa atau kehilangan harta benda.
2.            sabar terhadap keinginan nafsu yang diuruskan oleh syaitan. Antaranya, sabar atas tarikan dan tututan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menuntut perasaan marah.
3.            Sabar terhadap kemewahan. Ia bermaksud sabarlah sekiranya orang lain mengecapi kemewahan sedangkan diri kita tidak kaya.
4.            Sabar terhadap ketaatan kepada Allah S.W.T yang sememangnya terlalu banyak halangan untuk dilaksanakan. Manusia perlu sabar untuk berlaku taat kepada Tuhan kerana nafsu itu tabiatnya liar selain syaitan suka menggerakkan jenteranya untuk membuatkan manusia lupa dan malas untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
5.            Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah S.W.T. berdakwah ke jalan Allah S.W.T adalah satu tindakan yang suci dan murni. Berdakwah ke jalan Allah S.W.T pastinya akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu kerana cuba menyampaikan perkara yang benar kepada manusia. Bahkan, Nabi Muhammad dahulu juga terpaksa bersabar apabila kaumnya sendiri menolak ajaran Islam yang cuba disampaika oleh dirinya.
Justeru itu, menetapkan rasa sabar dalam diri adalah perkara yang sukar untuk dilakukan jika kita tidak istiqamah dalam beribadah ke jalan Allah S.W.T. maka, setiap manusia itu perlu untuk belajar bersabar demi mendapatkan keredhaan dan ketakwaan dari Allah S.W.T.

Wallahua’lam.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Baca Selanjutnya... >>

Monday, February 25, 2013

Mati itu boleh datang tiba-tiba


Meninggal dalam solat

Kuala Terengganu: “Saya mendengar arwah menarik nafas panjang ketika di rakaat kedua sebelum dia terjatuh,” kata Azhar Nong, 48, rakan peniaga kain, Saidi Salleh, 54, yang meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di surau Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, semalam.
Azhar dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah serta beberapa jemaah lain yang kebanyakannya peniaga di hentian bas berkenaan menunaikan solat Asar di surau pada jam 4.50 petang.
“Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua, saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.
Foto
JENAZAH Saidi ketika berada dalam surau di Kompleks Hentian Bas MBKT, semalam.

“Bimbang dengan keadaannya, saya cuba membantu sebelum masuk ke ruang sembahyang. Selesai sembahyang, saya melihat arwah tersandar pada dinding surau dalam keadaan lemah dan pucat. Ketika itu denyutan nadinya masih ada, tetapi seluruh badannya sejuk dan arwah disahkan meninggal dunia 10 minit selepas itu,” katanya

petikan harian metro 26/2/2013
Baca Selanjutnya... >>

Saturday, February 23, 2013

Sembelihan Orang Islam menurut kajian Barat





Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha. 

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas. 

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar? 

 Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging. 

 Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim). 

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. 

Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar. 

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. 

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan. Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. 

Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. 

Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP). Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. 

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. 

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. 

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu. 

 Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. 

Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan. 

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu. 

 Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih. 

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. 

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. 

Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak. 

 Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. 

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003. Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. 

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. 

“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya. 

 ~ Berpeganglah dengan kalam Allah, dan cintailah sunnah Rasullullah S.A.W, insyaAllah.
Baca Selanjutnya... >>

Friday, February 22, 2013

Malaikat dan Kokokan Ayam


Menjejak Malaikat Di kala Ayam Berkokok



Embun jantan mula menitis,sejuk mencengkam.Selimut ditarik hingga membalut badan. Di kedinginan malam, sayup-sayup kedengaran suara kokokan ayam bersahut-sahutan.Semakin lama semakin rancak, itulah irama yang membangkitkan diri dari alunan mimpi indah penghias malam.Indahnya...nyanyian si ayam jantan menghiasi keheningan pagi.Barangkali juga sudah lama bunyi kokokan itu tidak didengari...

Kokokan ayam jantan atau orang Johor panggil ayam jago mempunyai pelbagai maksud yang ditafsirkan oleh orang tua-tua...Yang pertama sudah pastilah kokokan itu membawa maksud waktu bersahur telah tiba, atau sudah Subuh..bangunlah wahai isi rumah. Kalau tidak terjaga memang sajalah "tidur mati" namanya...Ironinya ayam tidak pernah kesiangan hingga terlupa untuk membangunkan tuannya supaya bersegera solat Subuh.Lagi satu yang sering diterjemahkan dari kokokan ayam adalah pasang surutnya air laut..

Kaitan Antara Kokokan Ayam,Malaikat Dan Makbul Doa

Adakah malaikat itu memang akan turun ke langit bumi ketika dua pertiga malam?Bagaimana pula waktu yang lain?

Ya Allah, makbulkanlah doaku!" Daripada Abu Hurairah, katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat.Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan." (HR Muslim)
"Jika kalian mendengar suara kokok ayam,mohonlah kepada Allah kurniaNya kerana saat itu,ayam itu sedang melihat malaikat dan bila kalian mendengar rengek suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah kerana saat itu keldai itu sedang melihat syaitan." (HR Bukhari)

 Dan ada satu lagi hadis yang disebut oleh Abu Daud, "ketika kamu mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak."

Ada 3 ekor haiwan yang disebut dalam hadis tersebut iaitu yang pertama ayam dan keldai manakala hadis yang berikutnya pula menyebut anjing.Tentang kokokan ayam dan teriakan keldai itu jarang yang mengetahuinya.Namun tentang anjing itu ramai yang sudah mengetahuinya, malah seluruh dunia percaya jika ada lolongan anjing di tengah malam ia dikaitkan dengan hantu dan geng-geng yang seangkatan dengannya.Tapi bagaimana pula dengan ayam?Menurut Pensyarah Jabatan al-Quran dan As Sunnah,(KUIS) Suriani Sudi, hadis itu berada pada tahap sahih maka kita wajib mempercayainya dan beriman dengannya..

Ketika di keheningan sepertiga malam itulah kita berada begitu dekat dengan Allah.Itulah masa yang digalakkan kita untuk bangun solat Tahajjud dan bermunajat kepadanya.Ia bukan bermakna pada waktu lain Allah tidak memakbulkan doa kita akan tetapi, Allah dan Rasul memberi tip untuk merebut waktu makbul doa dengan mudah.

Allah berikan beberapa waktu yang paling makbul doa antaranya sebelum berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, selepas azan juga ketika tengah malam.Di antara waktu-waktu itu juga ditunjukkan tanda-tandanya  ketika ayam berkokok dan sewaktu hujanturun, maka ketika itu berdoalah...

Tanda-tanda itu diberikan Rasulullah s.a.w. adalah untuk memberi semangat kepada umatnya untuk meraih dengan mudah.Hadis-hadis ini memberikan bonus kepada kita untuk merebut peluang waktu yang dimakbulkan doa.

"Bagi orang yang sedang haid pun boleh berdoa untuk meminta kepada Allah tanpa sebarang halangan.Tidak ada syarat yang diletakkan iaitu untuk berdoa mesti solat dahulu kemudian barulah berdoa.Bagi yang tidak mampu bolehlah terus berdoa walaupun tidak melakukan solat, ia bukan satu kesalahan.Namun adalah lebih baik untuk yang dalam keadaan suci agar berdoa dimulai denagn wuduk dan solat tahajud."

Ayam Nampak Malaikat?

Berbalik semula kepada persoalan asasnya, adakah ayam boleh melihat malaikat? Di dalam hal itu, Suriani tidak menafikannya.Malah perkara itu tidak mustahil kerana itu semua atas kehendak Allah untuk memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Nya.

Menurutnya di dalam alam ini tidak semua yang boleh manusia nampak dengan mata kasar.Contohnya gelombang cahaya.Kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan Mesir, Dr. Hesham Ahmed Taha, menjawab persoalan ini.Sinar infra red dan sinar ultra violet(UV) boleh dilihat oleh haiwan2 istimewa ini.

Keldai boleh melihat sinar infra red dan syaitan pula dijadikan Allah daripada api.Menggunakan alasan itu maka boleh dihuraikan bahawa keldai boleh melihat syaitan tetapi tidak boleh melihat malaikat.Dari banyak kajian yang dijalankan, gelombang syaitan terletak di dalam gelombang infra red. Gelombang itu bersifat panas.

Manakala ayam jantan mempunyai kebolehan untuk melihat sinar UV,hal itu kerana struktur kompleks retina mata ayam yang membolehkan ia melihat lebih banyak warna yang tidak boleh dilihat oleh manusia (gelombang yang lebih pendek). Pernah dengar istilah  rabun-rabun ayam?? Sinaran UV membantu ia mengesan mangsa melalui najis dan air kencing.Begitu juga ia membantunya untuk mengawan dan berhijrah.Kemudian jika difikirkan semula asal kejadian malaikat adalah dari cahaya  atau nur.Antara cahaya dan api adalah dua perkara yang berbeza kerana api sifatnya panas sedang cahaya itu sifatnya sejuk.Pun begitu, jika sinar UV bertemu denagn infra red maka infra red akan hilang.Walaupun dari segi kepanasannya infra red lebih panas tetapi boleh dilenyapkan dengan cahaya yang sejuk.

Secara tidak langsung keadaan ini menerangkan kenapa syaitan lari apabila kita selalu mengingati Allah.Apabila kita sering mengingati Allah maka malaikat akan sentiasa mendoakan dan mendampingi kita.Syaitan akan melarikan diri apabila bertembung dengan malaikat kerana syaitan akan musnah kerana cahaya malaikat.Ia adalah sama seperti mana sinar infra red termusnah apabila ada sinar UV.Sinar infra red terletak pada jarak gelombangpanjang 750mm- 1mm 9 milimeter.Syaitan yang pernah dikaji oleh saintis berada pada tahap gelombang infra red.Ada beberapa spesies binatang yang boleh melihat dengan jelas sinar infra red seperti anjing,keldai, ular kumbang dan beberapa serangga lain...

Anjing Melolong Juga Petanda Syaitan

Ini adalah perkara yang berlaku di sebuah taman perumahan yang terletak di atas bukit yang berlatar belakangkan hutan simpan.Setiap kali kedengaran azan dari surau berhampiran , ia akan disambut dengan lolongan anjing.Bukan lolongan biasa tetapi seperti salakan anjing sewaktu tengah malam ketika melihatkan sesuatu yang kita tidak mampu melihatnya.

Hadis dari Abu Hurairah katanya Nabi s.a.w. bersabda," Apabila muazin menyerukan azan, maka syaitan lari terkentut-kentut, sehingga tidak kedengaran lagi olehnya suara azan itu.Apabila azan telah selesai, dia datang kembali.Apabila orang iqamat dia pergi pula. Bila iqamat telah selesai dia datang pula mengganggu orang solat.Katanya "Ingatlah ini dan itu..". Iaitu soal-soal yang tidak perlu diingat hinggakan orang itu terlupa telah berapa rakaat dia solat." (HR Muslim)


Perkara itu memang benar kerana ia disebut didalam hadis sahih Muslim, bahawa ketika itu syaitan lari bertempiaran sewaktu azan berkumandang dan anjing melolong melihatnya.Begitu juga Maghrib kita juga disuruh masuk ke dalam rumah hingga hilang mega-mega merah. Semuanya ada kaitan dengan aktiviti syaitan yang sedang memuncak saat peralihan waktu berlaku.

Sebab itulah ada hadis yang menyebut tentang syaitan yang berkeliaran ketika waktu senja.Daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah  s.a.w. bersabda "Bila hari senja , laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran.Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka.Kuncilah pintu dan sebut nama Allah,erana syaitan tidak dapat membuka pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).Tutup tempayan mu dengan menyebut nama Allah.Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya dan padamkan lampu (ketika hendak tidur)." (HR Muslim)

Semua tanda itu adalah pintu untuk kita meminta perlindungan dan pertolongan daripada Allah.Jika kita ketahui ada syaitan berkeliaran ketika itu maka menjadi kewajipan kita untuk memohon perlindungan daripada Allah. Syaitan itu mengganggu di dalam bentuk yang berbagai-bagai..
Baca Selanjutnya... >>

Indahnya Islam - Sakit pun Rahmat



Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada semasa sihat dan pada semasa waktu senangnya.”

Ujaran Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :

“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”
Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga 
berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut”

Dengan ini, maka kelak pesakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

“Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati, walaupun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah” (HR Bukhari-Muslim).

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani).

“Penyakit panas itu menjaga tiap mukmin dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun,” (HR Al-Qadha’i).
Baca Selanjutnya... >>

Hadis Mengenai Jihad


Bismillah wal Alhamdulillah...Sedikit himpunan hadith tentang jihad yang diambil dari kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi....

1338. Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan."
( Riwayat Muslim )

1335. Dari Abu Yahya yaitu Khuraim bin Fatik r.a,katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang menafkahkan sesuatu sesuatu nafkah  untuk peperangan fisabilillah , maka catatlah untuknya pahala sebanyak 700 ratus kali lipatnya". ( Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan ini hadith hasan ).

1336. Dari Abu Said r.a,katanya "Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang hambapun yang berpuasa sehari dalam sabilillah melainkan Allah menjauhkan diri orang itu dengan sebab puasanya sehari tadi sejauh perjalanan 70 tahun neraka". ( Muttafaqun 'alaih )

1337. Dari Abu Umamah r.a dari Nabi s.a.w sabdanya : " Barangsiapa yang berpuasa sehari dalam sabilillah maka Allah embuatkan antara orang itu dengan neraka sebuah khandak - tanah yang digali - sebagaimana jauhnya antara langit dan bumi". Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan ini hadith hasan sahih..

1333. Dari Salamah bin al Akwa r.a katanya,," Nabi s.a.w berjalan melalui suatu kelompok  orang saling berlumba untuk memanah lalu Nabi s.a.w bersabda "Pandaikanlah dirimu untuk melempar - dengan panah itu - hai keturunan Ismail,sebab sesungguhnya ayahmu-yakni Nabi Ismail- adalah seorang yang pandai melempar-dengan panah". ( Riwayat Bukhari ).

1334. Dari 'Amr bin 'Abasah r.a katanya"saya mendengar Rasulullah bersabda : "Barangsiapa melempar dengan sebatang anak panah dalam peperangan fisabilillah , maka baginya adalah pahala yang sama dengan memerdekakan seorang hamba sahaya".Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi dan Tarmizi mengatakan ianya hadith hasan sahih.

1328. Dari Abu Mas'ud r.a katanya " ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor unta yang diikat hidungnya - semacam kendali untuk kuda - lalu ia berkata : "ini untuk sabilillah" .Kemudian Rasulullah bersabda : " Engkau adalah memperoleh besok pada hari kiamat sebanyak 700 ekor unta yang semuanya juga diikat hidungnya seperti ini".( Riwayat Muslim ).

1329. Dari Abu Hammad,ada yang mangatakan Abu Su'ad ada pula yang menyatakan Abu Usaid ada pula yang menyatkan Abu Amir ada pula Abul Aswad dan ada yang mngatakan abu 'Abs yaitu Uqbah bin 'Amir al Juhani r.a katanya " saya mendengar Rasulullah bersabda diatas mimbarnya : "Dan persiapkan untuk memerangi kaum kafirin itu segala kekuatan yang engkau semua dapat menyiapkannya.Ingatlah bahawasanya kekuatan ialah memanah ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memamnah dan ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memanah". ( Riwayat Muslim ).

1342. Dari Abu Umamah r.a bahawasanya ada seorang lelaki berkata " ya Rasulullah ,berikanlah izin kepada saya untuk merantau kenegeri lain.Nabi S.A.W bersabda "Sesungguhnya cara perantauan untuk umatku ialah jihad fisabilillah Azzawajalla...Diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dengan isnad yang baik...

1341. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a katanya .Rasulullah s.a.w bersabda : "tiada pasukan tentera atau sekelompok barisan tempur yang berperang lalu memperoleh ghanimah - harta rampasan perang-dan selamat-dari kematian,melainkan mereka itu telah mempercepatkan 2/3 pahala yang harus diperolehinya .Tiada sepasukan tentera atau sekelompok pasukan tempur yang kembali dengan tangan hampa -yakni tidak memperolehi ghanimah- dan terkena bencana -mati syahid atau luka-luka melainkan telah sempurnalah pahala yang haru mereka perolehi itu". ( Riwayat Muslim ).

" Barangsiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimatullah - yakni agama Allah itu menjadi tinggi-maka orang sedemikian itulah yang disebut jihad fisabilillah". ( Muttafaqun Alaih
Baca Selanjutnya... >>

Tuesday, February 19, 2013

Mati syahid : tidak di makan tanah



Dari page Islam Itu Indah..
Subhanallah,

Asy-Syahid di dalam gambar di atas ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman.
Beliau syahid 16 tahun yang lalu.
Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.


Mati dalam keadaan senyum
Pada tahun 2009, gambar seorang Syuhada bernama Aba Suhaieb Ali Altanani As-Syahid (InsyaAllah) adalah salah seorang dari mujahidin Izzuddin al-Qossam .






Allahuakbar Allahuakbar  Allahuakbar  Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar  Allahuakbar Allahuakbar



Rasulullah SAW bersabda :
Seorang syahid di sisi Allah mendapatkan enam keistimewaan
1. Allah mengampuni dosanya sejak awal perjalanan jihadnya,
2. Diperlihatkan tempat tinggalnya di syurga,
3. Dipelihara dari siksa neraka,
4. Diberi rasa selamat dari goncangan terbesar (hari kiamat),
5. Diletakkan di atas kepalanya sebuah mahkota mutu manikam, di sana ia lebih baik daripada dunia seisinya,
6. Dinikahkan dengan tujuh puluh dua bidadari syurga, dan boleh memberi syafaat kepada tujuh puluh anggota keluarganya.
(Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Wallahualam.


Baca Selanjutnya... >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...