Tuesday, March 12, 2013

Pedagogi buat guru MRSM



Jenis Jenis Pedagogi
1.    Kontekstual
a.      Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds.
2.  Belajar Cara Belajar
Pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber, Kemahiran carian - Kemahiran komunikasi - Kemahiran membaca - Kemahiran mencatat nota - Kemahiran penyelidikan - Kemahiran memerhati - Kemahiran teknikal , Memproses maklumat - Menganalisis maklumat - Mentafsir maklumat - Menilai maklumat - Mensintesis maklumat Menyampaikan maklumat - Kemahiran menulis dan  Kemahiran persembahan.

3.  Kemahiran Berfikir
a.      Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.

b.      Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

c.       Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid.





4.  Kecerdasan pelbagai
a.      Linguistik Merangkumi kecerdasan individu dalam aspek pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri mahupun bahasa asing.
b.       Muzik Kecerdasan yang melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan.
c.       Kinestetik Penggunaan fizikal tubuh badan utk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu  serta menyatakan idea dan perasaan.
d.      Interpersonal Keupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi dengan berkesan serta mampu mendorong dan memotivasi orang lain untuk bekerja.
e.      Intrapersonal Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri dan melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup
f.        Visual-Spatial (ruang) Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imej mental.Mampu mengenalpasti ruang dan mengorganisasikan ruang serta lebih cenderung dalam reka bentuk dalaman.
g.      Logik Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan.Mampu menyatakan sesuatu secara induktif dan deduktif.Menyelesaikan maslah secara sistematik.
h.      Naturalistik Menyintai alam semula jadi.Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan haiwan.Suka meneroka hutan.
i.        Spiritual (kerohanian) Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian
5.  Pembelajaran Masteri
a.      pelajar belajar mengikut keadaan yang sesuai diberi masa yang mencukupi untuk murid menguasainya .
b.      Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran  semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.


6. Kajian Masa Depan
a.      Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan bagi menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab

7.  Inkuiri dan Penemuan
a.      Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah,membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen,mengumpul data dan membuat kesimpulan untukmenyelesaikan masalah(Shulman, 1973)
b.      Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakanproses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatukonsep atau prinsip. Proses mental itu adalah sepertimembuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran,meramal, menerangkan, membuat inferens.(Bruner, 1966)

8. Akses Kendiri
a.      Mengenal pasti keperluan  , kebolehan  , Menetapkan matlamat  sendiri , Mengenal pasti masa , pembelajaran sendiri, Menyediakan pelan , pembelajaran sendiri

b.      Melibatkan penggunaan pusat akses yang terdapat di dalamnya  sudut perbendaharaan kata, sudut tatabahasa,   bahan bacaan, Komputer , Video , perakam kaset, sudut penulisan, Sudut mendengar, lisan / perbualan .

9. Kontruktivisme
a.      Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.             
Baca Selanjutnya... >>

Konsep kerja dalam Islam

At-Tabrani meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya:
“Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”

Secara amnya manusia yang berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan yang ada, penghayatan dan penuh ketelitian, dan pengamalan ilmunya, serta melaksanakan tugas yang sentiasa mencapai atau melepasi ukuran cemerlang. Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku yang sentiasa berhemah tinggi, berbudi pekerti mulia, dan menerima tanggungjawab sebagai amanah.

Sebagai penjawat di sesebuah organisasi, kita tidak dapat lari daripada menerima kesan daripada perubahan ini. Jika kita tidak cepat bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan ini dikhuatiri kita tidak akan mampu menyampaikan perkhidmatan seperti yang dituntut oleh masyarakat luar yang telah berubah mengikut persekitaran. Bagi melahirkan organisasi yang gemilang, individu yang menggerakkan organisasi mestilah terlebih dahulu cemerlang.
Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri, sejauhmanakah kedudukan kita dalam dunia pekerjaan ini? Adakah kita telah membawa perubahan kepada diri, keluarga, negara, organisasi dan kepentingan agama kita?. Dalam keadaan kemelestan ekonomi dunia sekarang, banyak pihak mengurangkan produk pengeluaran dan jumlah pekerja mereka. Namun kita sebagai penjawat awam atau swasta yang masih bekerja hendaklah bersyukur dan meneruskan usaha ke arah perkhidmatan cemerlang; bekerja dalam konteks amal soleh dan nilai-nilai murni bagi memastikan perubahan yang lebih positif terus dicapai.


Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 105:

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dab nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Prinsip Dalam Pekerjaan Seorang Muslim :

Prinsip Kesempurnaan (Al-Itqan)
Pembaharuan (Ai-Tajdid)
Inovasi (Al-Ibda)


Baca Selanjutnya... >>

Monday, March 11, 2013

5 jenis sabar




1.            Sabar terhadap kesusahan dan bencana yang diturunkan kepada manusia juga di kalangan para nabi. Di dalam Al-Quran, sabar dalam bentuk ini termasuklah sabar kepada kefakiran, kelaparan, kesakitan, ketakutan, kehilangan jiwa atau kehilangan harta benda.
2.            sabar terhadap keinginan nafsu yang diuruskan oleh syaitan. Antaranya, sabar atas tarikan dan tututan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menuntut perasaan marah.
3.            Sabar terhadap kemewahan. Ia bermaksud sabarlah sekiranya orang lain mengecapi kemewahan sedangkan diri kita tidak kaya.
4.            Sabar terhadap ketaatan kepada Allah S.W.T yang sememangnya terlalu banyak halangan untuk dilaksanakan. Manusia perlu sabar untuk berlaku taat kepada Tuhan kerana nafsu itu tabiatnya liar selain syaitan suka menggerakkan jenteranya untuk membuatkan manusia lupa dan malas untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
5.            Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah S.W.T. berdakwah ke jalan Allah S.W.T adalah satu tindakan yang suci dan murni. Berdakwah ke jalan Allah S.W.T pastinya akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu kerana cuba menyampaikan perkara yang benar kepada manusia. Bahkan, Nabi Muhammad dahulu juga terpaksa bersabar apabila kaumnya sendiri menolak ajaran Islam yang cuba disampaika oleh dirinya.
Justeru itu, menetapkan rasa sabar dalam diri adalah perkara yang sukar untuk dilakukan jika kita tidak istiqamah dalam beribadah ke jalan Allah S.W.T. maka, setiap manusia itu perlu untuk belajar bersabar demi mendapatkan keredhaan dan ketakwaan dari Allah S.W.T.

Wallahua’lam.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Baca Selanjutnya... >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...