At-Tabrani
meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya:
“Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang
halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan
berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang
terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa
dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu
malam.”
Secara amnya manusia yang berperibadi cemerlang berjaya
menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan yang ada,
penghayatan dan penuh ketelitian, dan pengamalan ilmunya, serta melaksanakan
tugas yang sentiasa mencapai atau melepasi ukuran cemerlang. Mereka juga
digambarkan melalui tingkah laku yang sentiasa berhemah tinggi, berbudi pekerti
mulia, dan menerima tanggungjawab sebagai amanah.
Sebagai penjawat di sesebuah organisasi, kita tidak dapat lari
daripada menerima kesan daripada perubahan ini. Jika kita tidak cepat bertindak
menyesuaikan diri dengan perubahan ini dikhuatiri kita tidak akan mampu
menyampaikan perkhidmatan seperti yang dituntut oleh masyarakat luar yang telah
berubah mengikut persekitaran. Bagi melahirkan organisasi yang gemilang,
individu yang menggerakkan organisasi mestilah terlebih dahulu cemerlang.
Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri, sejauhmanakah kedudukan
kita dalam dunia pekerjaan ini? Adakah kita telah membawa perubahan kepada
diri, keluarga, negara, organisasi dan kepentingan agama kita?. Dalam keadaan
kemelestan ekonomi dunia sekarang, banyak pihak mengurangkan produk pengeluaran
dan jumlah pekerja mereka. Namun kita sebagai penjawat awam atau swasta yang
masih bekerja hendaklah bersyukur dan meneruskan usaha ke arah perkhidmatan
cemerlang; bekerja dalam konteks amal soleh dan nilai-nilai murni bagi
memastikan perubahan yang lebih positif terus dicapai.
Firman Allah s.w.t. dalam surah
at-Taubah ayat 105:
Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dab nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”
Prinsip
Dalam Pekerjaan Seorang Muslim :
Prinsip
Kesempurnaan (Al-Itqan)
Pembaharuan (Ai-Tajdid)
Inovasi (Al-Ibda)
Pembaharuan (Ai-Tajdid)
Inovasi (Al-Ibda)
No comments:
Post a Comment